Archive | June 2013

Aku dia dan waktu

Sesungguhnya begitu lama blog ni sepi tanpa madah pujanggaku. Aku terlalu sibuk dengan rutin harianku sehinggakan diri sendiri terabai.

Beberapa bulan sebelum ni, jiwa sangat kacau, sangat serabut. KEnapa LIN??? wahai hati, wahai diri, tabahlah menempuh dugaan di rantau orang. Sesungguhnya aku hanya insan biasa yang memerlukan sokongan daripadaMU. Ya Allah, kau berkanlah aku ketabahan menempuh kehidupan ini, jangan biarkan aku jatuh tersungkur hanya kerana jiwa yang berkecamuk.

Wahai Hati, tabahlah, jadilah ibu yang tabah kepada mereka berdua. Mereka sangat memerlukan kau, kerana kaulah Ratu di mata dan hati mereka. Tabahlah menjadi seorang ibu sepertimana Ibumu……

ImageImage

 

Aku rindu dengan dua orang budak ini, perasaan serba salah jika meninggalkan seorang & serba tak kena bila meninggalkan mereka di nursery. Ya Allah, Kau berkan aku ketabahan menjadi seorang ibu yang cemerlang kepada mereka berdua.

Image

Dan jejaka ini adalah kekuatan bagiku, jejaka ini juga kelemahanku. Jadikan aku isteri yang menyayanginya selamanya. Berkan aku kekuatan untuk menjadi seorang isteri yang disayangi selamanya.

Advertisements